Wednesday, 13 December 2017

Cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia



cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia. Seperti yang anda tahu, uber ialah satu applikasi online yang menghubungkan penumpang dengan pemandu kereta. Jika anda nak gunakan khidmat kereta uber untuk menghantar anda ke mana-mana lokasi, anda perlu download applikasi uber dahulu. Anda dikenali sebagai Rider dan pemandu uber di kenali sebagai ubar partner.
Anda kena download applikasi uber di google play store secara percuma dan kena buat sedikit setting untuk memasukkan maklumat diri anda ke dalam applikasi uber untuk rider. Ada satu lagi applikasi untuk driver uber yang di kenali sebagai uber partner.
Jadi, laporan ini adalah untuk rider mengisi maklumat lanjut ke dalam applikasi uber untuk mengunakan perkhidmatan kereta uber. Lebih menarik lagi, ada juga laporan mengenai cara daftar jadi pemandu uber di Malaysia.


Cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia

Tekan link ni http://invol.co/aff_m?offer_id=1622&aff_id=24602&source=deeplink_generator apabila anda buka web uber tersebut, anda akan nampak paparan seperti di bawah.


Anda pilih ' REGISTER ' untuk mendaftar sebagai rider / penumpang uber. Setelah tekan daftar, anda akan nampak paparan skrin smartphone anda seperti di bawah.




Masukkan maklumat tentang diri anda. Utamakan akaun gmail daripada menggunakan email lain. Masukkan nama dan no phone yang betul sebab nanti uber akan hantar verification kod ke no phone anda.







Semak phone anda. Satu verification kod telah di hantar dan anda kena isi verification kod uber tu ke dalam applikasi uber seperti di atas. Sebab tu anda kena pastikan no phone yang anda masukkan adalah betul.



Itu sahaja laporan mengenai cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia. Anda juga elok baca http://cikamsya.blogspot.my/2017/12/cara-guna-applikasi-uber-untuk-rider.html. Ini adalah sambungan kepada laporan ini. 
Jika ada kekeliruan, anda boleh tulis di bahagian komen untuk saya menjawabnya. Terima kasih.



Cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang





Cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang di Malaysia. Cara nak set lokasi uber ni takde le susah mana. Saya pun main tekan-tekan jer boleh jumpa caranya sebab applikasi untuk uber rider ni mesra friendly dan senang  nak guna semudah a, b dan c. Tetapi laporan ini adalah untuk perkongsian jika anda belum download lagi applikasi uber rider ni dan supaya anda dapat gambaran macam mana sebenarnya applikasi uber untuk rider nih.
Gambar-gambar / screenshoot dalam laporan ni adalah dari smartphone saya sendiri. Ini untuk memudahkan anda menekan tempat yang sepatutya semasa menggunakan applikasi uber rider nanti. Selamat menggunakan applikasi uber dan perkhidmatan uber yang mesra pelanggan.



Cara guna applikasi uber untuk rider

Anda boleh lah lihat gambar dan baca laporan di bawah untuk memudahkan anda memahami bagaimana nak guna applikasi uber ni dengan kata lain bagaimana nak book kereta uber untuk anda pergi ke sesuatu destinasi.
 
 
 
 
Inilah paparan applikasi uber untuk rider cari kereta pemandu uber. Pastikan rider uber dah daftar dulu untuk gunakan applikasi uber ni dan pendaftaran dengan applikasi uber rider ni sangat mudah. Masukkan juga cara bayaran iaitu menggunakan kredit kad di mana nombor kredit kad kena di masukkan ke dalam applikasi uber rider nih.
Ini salah satu limit kepada pengunaan applikasi uber kerana ada rider yang tidak ada kredit kad terutamanya pelajar negara kita. Kalau pelajar asing, mereka biasanya ada kredit kad untuk menggunakan applikasi uber. Tetapi sekarang pembayaran menggunakan tunai pun dah di benarkan untuk pengguna uber!
Anda kena tekan ' SET PICKUP LOCATION '.
  






Lokasi anda akan di zoom kan ke lebih detail. Anda tekan butang ' + " untuk tetapkan lokasi ke mana anda hendak pergi untuk memudahkan uber partner uber / driver tahu lokasi anda hendak pergi. Sebab kadang-kadang driver tak nak pergi ke sesuatu lokasi kerana beberapa sebab terutamanya yang jadi uber partner secara part time. Mungkin tak cukup masa.
 
 
 

Info kredit kad anda sepatutnya dah masukkan masa daftar dengan applikasi uber. Nak bayar guna paypal pun boleh.
Itulah secara ringkas cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang. Jika anda mepunyai masalah atau pertanyaan mengenai uber, anda boleh tulis di ruangan komen. Nanti saya jawab.
Terima kasih kerana membaca pengunaan applikasi uber ni.

 

CARA MUDAH MENDAFTAR SECARA ONLINE SEBAGAI PEMANDU UBER

Cara untuk jadi pemandu uber di Malaysia sangat mudah. Anda boleh daftar online secara percuma sahaja di mana saya cuba bantu anda dengan menyediakan panduan cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017. Anda boleh guna smartphone anda untuk daftar sebagai driver uber. Pendaftaran driver uber adalah percuma.
Saya telah sediakan cara daftar pemandu uber online percuma ni dalam bentuk langkah demi langkah untuk memudahkan mendaftar uber. Setelah akaun anda diluluskan, anda boleh menjana income sebagai pemandu uber min rm4000 sebulan untuk full time dan part time boleh mencecah rm2000 sebulan. Saya akui, setelah menjadi pemandu uber ni, saya boleh menyimpan untuk untuk masa hadapan, mana lah tahukan apa yang akan berlaku.
Cara daftar pemandu uber online ni saya sediakan daripada smartphone saya. Sata printskrin langkah demi langkah supaya anda tidak terkeliru semasa mendaftar nanti. Saya sangat-sangat berharap, semuga anda berjaya mendaftar sebagai pemandu uber menggunakan panduan yang saya berikan di bawah.

Cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017

Sebelum mendaftar sebagai pemandu uber online ni, anda kena sediakan 4 dokumen yang diperlukan untuk daftar driver uber ( ambil gambar guna smartphone )
Gambar depan ic
Gambar depan lesen
Gambar cover note insuran kereta ( ada tulis SCHEDULE / JADUAL )
Gambar selfie anda
Kemaskini 03/10/2017: Min tahun kereta di buat 2011 sahaja ( bukan 2008 seperti sebelum ni)



 Contoh gambar cover note insuran kereta ( the schedule ) untuk daftar Uber



 Info mesti ada dalam cover note insuran ( the schedule ):

No. 1: Pastikan cover note yang nak di hantar kepada semasa memohon sebagai pemandu Uber ada di tulis " the schedule / jadual ". Dokumen yang di tulis " confirmation of purchase " tidak di terima.

No. 2: Rujuk kepada gambar cover note di atas, no. 2 adalah no polisi / certifacte no / no cover note ( benda yang sama dengan nama berlainan )

No. 3: Period of takaful mesti ada. Ini adalah tarikh tamat insuran. Ada insuran letak nama period of insuran, insurance period, tempoh insuran dll.

No. 4: Authorised driver - nama anda mesti ada di tulis sebagai authorised driver. Kalau nama anda takde dalam insuran, hubungi insuran untuk tambah nama anda sebagai driver ke 2/ ke 3/ ke 4 ( bayar rm10) dan anda akan diberikan dokumen bernama ' endorsement '. Cover note the schedule + endorsement mesti dihantar kepada uber semasa daftar sebagai pemandu uber.

Biasanya, ramai yang sangkut pada gambar cover note kerana:
1. tak jelas - pastikan semua info dapat di baca apabila uber hq zoom gambar cover note semasa menyemak pendaftaran pemandu uber anda.
2. info tak lengkap - ada cover note yang tidak ditulis tarikh tamat insuran ( period of insuran ) dan no plate kereta. Jika ini berlaku, anda kena berikan juga gambar geran dan roadtax ( yang kat cermin kereta tu ) di mana ketiga-tiga dokumen ini ( cover note, geran dan roadtax ) hendaklah hanya di dalam satu gambar. Anda susun dokumen-dokumen ni dan ambil satu gambar.

 Jika COVER NOTE INSURAN (SCHEDULE/JADUAL) tak tulis PERIOD OF INSURANCE / COVER PERIOD / TARIKH TAMAT, anda kena hantar cover note+geran+roadtax.



3. cover note tiada nama anda - anda kena bagi endorsement ( dokumen yang menyatakan bahawa anda ialah pemandu kereta yang hendak di daftarkan untuk buat uber ). Jika nama anda tiada, hubungi insura untuk tambah nama anda ( bayar rm10 sahaja ) . Susun sebelah-sebelah gambar cover note dan endorsement dan ambil sekeping gambar.
[update 2.7.17]

Jika nama anda tiada dalam COVER NOTE, anda kena hantar cover note + endorsement (ada nama anda sebagai driver)

 

Setelah anda siapkan semua dokumen yang diperlukan ( 4 gambar semuanya ), anda ikuti panduan bergambar untuk mendaftar sebagai pemandu uber online di  bawah.
 
 
 
Langkah 2

Isikan maklumat yang dperlukan. Jangan lupa memilih bandar untuk memandu uber nanti.
 
 
 
 
 
Langkah 3
 
Jika email yang anda masukkan telah digunakan sebelum ini ( mungkin anda pernah mendaftar tetapi tak lengkap ), anda kena gunakan email lain. Jika tiada email lain, anda boleh ubah email anda dengan menambah +xxx. Contoh siti+xxx@gmail.com.
 
 
 
 
 
Langkah 4

Sampai ke bahagian di mana anda kena upload dokumen yang telah anda sediakan tadi. Klik tanda ' > ' untuk upload dokumen.
 
 
 
 
 
 
Langkah 5

Klik ' TAKE PHOTO ' dan anda pilih gambar ic yang telah anda sediakan tadi di dalam smartphone anda.
 
 
 
 
 
Langkah 6

Seterusnya upload gambar lesen dan cover note insuran kereta ( the schedule - sila rujuk gambar contoh cover note insuran di atas ).
 
 
 
 
 
 
 
 
Langkah 7

Setelah semua dokumen yang diperlukan diupload, tekan  ' CONTINUE '
 
 
 
 
 
 Langkah 8

Setelah itu, anda boleh semak email di mana uber secara automatik telah hantar satu email mengenai pendaftaran anda. Pastikan anda ingat login dan password untuk memasukkan kembali dokumen yang di tolak jika anda ada masalah seperti tak jelas dan sebagainya. Pada masa ini pendaftaran pemandu uber telah sampai ke pihak uber di mana mereka perlukan sedikit masa untuk menyemak permohonan pemandu uber anda.
And juga boleh download app ' DOWNLOAD THE APP ' dan masukkan ke akaun uber anda ' GO TO YOUR DASHBOARD '. App uber driver anda masih tidak boleh di gunakan kerana uber belum aktifkan akaun driver anda.
 
 
 
 
 
 
Langkah 9
Untuk pendaftaran permohonan pemandu Uber anda lebih pantas, anda chat dengan customer service untuk Uber terus semak permohonan anda sama ada dokumen yang anda hantar diterima ke tidak.

[Update 2/7/2017] Chat dengan customer services Uber ( Isnin - Sabtu, 10 pagi ke 6 petang sahaja ) : http://t.uber.com/klchat

Uber akan sms/email anda menyatakan status permohonan anda. Dari masa ke semasa, anda login ke akaun uber driver anda menyemak status pendaftaran. Jika pending dokumen, sila upload lagi sekali. Pastikan dokumen yang anda berikan ada ditulis nama anda sebagai driver dan period of insuran. Gambar mesti jelas. Selepas 3 jam upload dokumen, anda boleh semak status permohonan seperti panduan yang saya berikan dalam link ini.
Langkah 10
Sementara menunggu akaun uber anda diluluskan, anda boleh buat perkara seperti di bawah:
1. tukar password ( jika mahu ) di http://partners.uber.com
2. masukkan no akaun bank di http://vault.uber.com
 
 
 
 
 

Bagaiman tahu akaun pemandu uber dah lulus?

[Update 18/7/2017]  Uber akan email kepada pemohon jika akaun pemandu uber dah lulus dan anda dah boleh mula memandu uber. Contoh email dari Uber adaah seperti di bawah:
 
 
 
 
 
 Di harap pendaftaran sebagai pemandu uber online percuma Malaysia anda berjaya. Jika anda ada kekeliruan, anda boleh tulis kat bahagian komen. Selamat memandu uber!. 
 
 
 
 

Monday, 20 June 2016

Dia Bidadariku (BAB 6)

BAB 6
Dirumah Mikhael 

"Assalamualaikum" . "Wa'alaikummussalam" , sahut papa dan mama Mikhael serentak . Semasa menoleh tengok pada pemberi salam , mereka berdua tergaman melihat Mikhael bersama seorang gadis yang lain pula kali ini. "Papa mama sihat ?" , sapa Mikhael pada kedua orang tuanya sambil tersengih . "Eh , jumpa ke jalan balik kerumah ni ? ke guna WAZE ?" soal Dato' Mirza Ayden pada Mikhael . "Tadi sesat juga, then Mikhael guna WAZE cari jalan balik kerumah. hehee" , seloroh Mikahel menjawab pertanyaan papanya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk "Ni sape Mikhael ? " soal Datin Maria pula. "Oh lupa Mikhael nak memperkenalkan. Ni teman Mikhael , nama dia Tengku Putri Raisya Adrianna. Raisya , ni mama dan papa saya", panjang lebar Mikhael memperkenalkan Raisya pada kedua ibubapanya. "Dato Datin, saya Raisya", Raisya memperkenalkan dirinya pada papa dan mama Mikhael sambil menyalami mereka. "Silalah duduk Putri" , pelawa mama Mikhael. "Bibik ! Buatkan air untuk tetamu kita ni" , arah Datin Maria pada orang gajinya. "Kamu kemana Mikhael lama tak balik kerumah ? " , soal papanya. "Err... Mikhael busy lah pa. Banyak kerja dekat luar sana. " Bohong Mikhael pada papanya. "Busy sampai tak boleh balik langsung kerumah? Kamu ingat kamu tu Perdana Menteri ke nak uruskan hal negara. Sesibuk Perdana Menteri pun ada masa berehat dan pulang kerumah", bebel papanya. "Saya assistant Perdana Menteri pa", ada-ada je jawapan si Mikhael ni menjawab soalan papanya. "Banyak la jawapan kamu ni Mikhael. Malas papa nak layan kamu. Putri umur berapa?" Soal Dato' Mirza pada Raisya. "Saya umur 19 Dato' " , jawab Raisya dalam nada gementar. Adoi nervousnye. Sampai bila la nak hadap papa mama Si Garang ni. Celoteh hati Raisya sendirian. "Wah ! Muda lagi . Oh ya Putri , kamu tak payahlah BER-DATO' BER-DATIN dengan kami. Panggil je kami papa & mama ye" kata Dato' Mirza. Raisya kelihatan terkejut dengan jawapan Dato' Mirza itu tadi. "Betul tu, panggil je kami papa mama ye", sokong Datin Maria. Muka Raisya berubah jadi merah padam apabila mama papa Mikhael kata begitu. Ya Allah segannya. Kenapalah Si Garang ni perangai tak sama macam Dato' & Datin, omel Raisya sendirian. Mikhael cuma tersenyum sendirian melihat reaksi Raisya yang agak terkejut itu tadi. " Raisya kerja ke masih study lagi ? ", tanya mamanya Mikhael. "Errr... Dia study lagi mummy", pintas Mikhael laju. "Oh. Study dekat mane ?", sambung mama Mikhael lagi. "Raisya study dekat KLMU tu mama papa", jawab Mikhael ringkas. "Eh Putri makan dekat sini jelah yer", pelawa papa Mikhael. "Boleh jugak pa sebab Raisya tengah cuti sem sekarang", sampuk Mikhael. "Oh kalau macam tu tinggal je dekat sini ye sampai habis cuti,takdelah mama boring sangat dekat rumah ni", cadang Datin Maria bersungguh. "Err.. takpe lah datin , eh mama. Takut mengganggu Dato' Datin sekeluarga je ", jawab Raisya berhalus lembut je. "Ishh ke situ pulak. Tak mengganggu pun. Lagi pun kami takde anak perempuan. Boleh ler kami merasa ada anak perempuan. Boleh teman mummy dekat rumah, teman mummy shopping. Kaki shopping ni mummy kamu ni", seloroh Dato' Mirza lagi. "Ade-ade je abang ni". "Betul cakap mama & papa tu. Awak duduk je sini k. Lepas tu boleh kenal family kami macam mane", jawab Mikhael. Sepanjang hari Raisya dibiarkan bersama Dato' Mirza dan Datin  Maria. Nampaknya papa dan mama macam berkenan je dekat si Raisya ni. Omel hati Mikhael sendirian.

Wednesday, 11 May 2016

Dia Bidadariku (BAB 5)

BAB 5
 Ketika dalam perjalanan pulang kerumah... 

"Korang perasan tak Mikhael dah makin berubah?"soal Naufal pada Rayyan & Airiel . "Ye la. Memang jelas ketara dia dah banyak berubah. Mungkin sebab Raisya", jawab Airiel. Kemudian masing-masing diam & melayan khayalan sendiri. Mereka hairan,macam mane lelaki yang sangat ego,bengis & kasar seperti Tengku Mikhael Aryan boleh berubah dalam sekelip mata. Adakah kerana 'Bidadari Cantik Raisya Qaisara' ? Pelbagai persoalan bermain diminda mereka. Arghh! Abaikan dia. Ada baiknya juga dia berubah. Sampai bila hendak hidup melara.

Sementara dikondo...
Uweerrkkk!! Uuuweerkkkk.... Raisya termuntah atas selimutnya. Dia panik,segera dicapainya tuala untuk mengelap muntahnya agar tidak dimarahi tuannya. Sementara itu Mikhael meluru masuk setelah terdengar suara Raisya. "Raisya are you okay?",tanya Mikhael pada Raisya dengan penuh kerisauan. "Maafkan saya tuan. Saya tak sengaja termuntah disini. Raisya mintak maaf." kata Raisya tanpa mendongakkan mukanya kerana bimbang dimarahi Mikhael. "It's okay. I know you tak sihat. Awak pergi mandi ok,biar saya kemas tempat tidur ni. Lepas tu saya masak untuk awak then kita makan sama-sama ye", ujar Mikhael pada Raisya. "Takpe tuan,biar saya masak. Tuan rehatlah,saya kemas tempat tidur dulu pastu saya masak ok", balas Raisya. "No! I say no!! NO!! awak pergi mandi. Awak tak sihat. Biar saya je yang buat semua ni. Awak kena dengar cakap saya". "Tapi tuan...." "Takde tapi-tapi,pergi mandi sekarang!!",arah Mikhael dengan tegas. "Baik lah", balas Raisya perlahan. Sementara Raisya membersihkan diri,Mikhael mengemas tempat tidur Raisya. Dia mencuci selimut yang terkena muntah tu. Selepas itu dia memasak bubur nasi untuk Raisya. Mikhael tahu yang Raisya takde selera makan sekarang sebab itu dia menyediakan bubur nasi agar senang ditelan oleh Raisya. Aku sebenarnya kesian pada dia. Aku tahu dia tak kuat nak hadapi semua situasi ni. Aku tahu dia belum bersedia nak jadi seorang mummy. Tapi ape-ape pun,aku akan selalu ade disisimu Raisya. Aku akan temani hari-harimu. Aku akan isikan segala kekosongan dihatimu. Itulah janji-janji Mikhael untuk Raisya. Lelaki ini telah jatuh cinta pada gadis anggun itu. Ye! Dia telah jatuh cinta. "Tuan?",tetiba lamunannya terhenti setelah disapa oleh satu suara lembut yang menyenangkan raganya. "Eh Raisya,kenapa? Awak pergi duduk dekat sofa dulu. Biar saya sediakan makan sekejap". "Errr.. tapi tuan". "Takde tapi-tapi. Awak tahukan saya tak suka awak berdegil macam ni",belum sempat Raisya menghabiskan katanya namun telah dipotong laju oleh Mikhael. Mikhael membawa Raisya keruang tamu. "Awak duduk diam-diam sini ok sambil tengok TV.  Sekejap lagi saya panggil awak makan",ulas Mikhael panjang lebar lalu dia berjalan menuju kedapur menyambung kerjanya. Sementara dirumah papa & mamanya , seluruh isi rumah masih tertanya-tanya dimanakah Tengku Mikhael Aryan? Ape yang dibuatnya sekarang? Kenapa dia tiba-tiba je berubah? "Awak tengok TV ke,TV yang tengok awak ni?",usik Mikhael pada Raisya. "Ehh takdelah tuan. Saya tengok TV la ni",jawab Raisya spontan. "Dah jom makan. Makanan dah siap tu",pelawa Mikhael pada Raisya. Raisya rasa kurang selesa bila dilayan begitu istimewa oleh tuannya itu. "Emm sedapnya bau tuan masak",puji Raisya lagi. "Ye ke ? Tu belum try lagi tu..hahahahaaaa",seloroh Mikhael. "Nah! Makan banyak-banyak ok",Mikhael menghulurkan semangkuk bubur nasi ayam pada Raisya. "Terima kasih tuan. Emm sedap tuan. Enak seperti baunya",puji Raisya lagi. "Bang..Abang tak pelik ke dengan anak kita tuh si Mikhael? Ayang tengok dia makin banyak berubah. Mendadak pulak tuh", rungut mama Mikhael. "Biar jelah Yang. Kalau dia berubah makin baik Alhamdulillah la. Bersyukur sangat abang",jawab papa Mikhael ringkas. "Saya pun bersyukur juga bang. Cuma kadang-kadang susah sangat nak tengok & jumpa dia sekarang",omel mama Mikhael lagi. " Awak ni,biar jelah budak tu tengah mengenali siapa diri dia sebenar. Bagi dia masa. Bagi dia ubah sikap dia. Saya pun rindu jugak,dah namanya darah daging sendiri",balas papa Mikhael lagi. "Raisya,next week saya nak bawak awak jumpa papa dan mama saya",tetiba je Mikhael bersuara . Raisya agak terperanjat mendengar ape yang diberitahu oleh Mikahel itu  sehingga dia terbelahak . "Ishh awak ni,makan la elok-elok sikit", tambah Mikhael sambil menghulurkan segelas air pada Raisya. "Kenapa nak bawak balik Raisya jumpa parents tuan? Tak naklah Raisya. Raisya seganlah tuan",balas Raisya lagi. "Awak jangan nak membantah k. Saya tak sukalah awak berdegil dengan saya. Boleh tak awak ikut je ape yang saya cakap,ikut je ape yang saya suruh?"soal Mikhael pada Raisya. Alamak! Dia naik hangin la pulak . "Errr... Baik tuan", jawab Raisya ringkas. Raisya tak nak panaskan hati tuannya.
So bila tiba hari yang dijanjikan. "Raisya,cepatlah bersiap", "Err.. kita nak pergi mane tuan?" Soal Raisya. "Nak balik rumah papa mama saya la. Kan hari tu saya dah bagitahu dekat awak. Dah-dah,pergi bersiap cepat",jelas Mikhael. Alamak. Macam mane ni Raisya oi. Takutlah. Nervous pun ade. Ya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Doa Raisya didalam hatinya. "Ape termenung lagi tu? Cepatlah pergi bersiap!" Sapa Mikhael lagi. "Takde pape tuan . Haa ok,saya pergi bersiap sekarang",jawab Raisya. Suasana sunyi je didalam kereta ketika dalam perjalanan kerumah Mikhael. "Err tuan, saya takutlah",bagitahu Raisya. "Awak nak takutkan ape? Papa mama saya tak pernah lagi makan orang. Dah berapa ramai yang mati kena makan dengan papa & mama",jawab Mikhael seakan menyakat Raisya. Ishh kesitu pulak orang tua ni. "Erm satu lagi Raisya saya nak mintak tolong awak". "Ape dia tuan?"tanya Raisya tidak sabar hendak tahu. "Tolong jangan panggil saya tuan. Boleh tak?" Soal Mikhael tegas. "Habis saya nak panggil ape? ",balas Raisya lagi. "Awak boleh panggil saya 'Abang' . Emm tak pun 'Biey' pun boleh juga. Hahahahahahaaa",gelak Mikhael puas dapat mengusik Raisya. Muka Raisya kelihatan merah padam akibat malu. "Serius la tuan. Saya nak panggil ape?",soal Raisya lagi dengan muka berkerut. "Saya nak awak panggil saya 'Abang' . Balas Mikhael dalam ekspresi serius sambil menggenggam erat tangan Raisya . Raisya tersentap dengan perbuatan Mikhael. Dia terkejut dengan ape yang dia didengarinya. Benarkah ? Atau ini hanyalah khayalan aku semata-mata ? "Awak ok Raisya?" Soal Mikhael menghentikan lamunan Raisya. "Errr... ok.. saya ok", balas Raisya . "Kita dah nak sampai ni",omel Mikhael. Raisya sekadar menganggukkan kepala tanda faham.
"Eh tuan muda dah baliklah Kak Jah", beritahu bibiknya kepada tukang masak mereka. "Assalamualaikum tuan!" , sapa driver papanya sambil membukakan pintu kereta Mikhael. "Waalaikummussalam Pak Mat. Err papa dan mama ade tak Pak Mat?",soal Mikhael pada driver tersebut. "Ade dekat dalam tuan muda." "Raisya jom masuk. Takkan awak nak jadi guard jaga kereta saya pulak", usik Mikhael pada Raisya. "Haa, ok baik. Jom" , sahut Raisya terpinga-pinga. "Tuan, saya seganlah" "Sape tuan ?!!" , soal Mikhael dengan keras. "Err maafkan saya. Saya tak biasa dengan panggilan abang tu" , jawab Raisya perlahan. "Awak kena biasakan okay. Lama-lama okay la tu nanti" , jawab Mikhael dalam nada yang lembut.

Tuesday, 26 April 2016

Dia Bidadariku (BAB 4)


6 bulan kemudian ....

Airiel, Naufal & Rayyan merasa hairan dengan perubahan mendadak yang berlaku pada diri Mikhael semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. Mikhael kelihatan lebih suka menghabiskan waktunya dikondo peribadinya berbanding banglo gah mereka. Dia juga sudah jarang hendak keluar melepak selepas habis waktu kerja mahupun hujung minggu. Perubahan Mikhael ini bukan sahaja disedari oleh sepupu-sepupunya malahan juga papa & mamanya. Mereka merasa hairan kerana Mikhael sudah lagi tidak mahu ke kelab malam mahupun enjoy bersama-sama perempuan mata duitan diluar sana. Perubahan yang berlaku padanya amatlah ketara. "Wei,korang tak pelik ke dengan perangai si Mikhael sekarang?",tanya Rayyan pada Airiel & Naufal. "Gila ko tak pelik,memang pelik bin ajaib la doh!",jawab Airiel bersungguh-sungguh. "Ha'ah la wei. Aku pun pelik dengan dia sekarang. Dia dah tak sama macam dulu. Dulu kita belum sempat lagi ajak gi club,dia yang cepat kan", tambah Naufal lagi. "Ape kate kita gi jenguk dia dekat kondo tu? Boleh lah jugak merisik ape yang dia buat dekat sana sorang-sorang",cadang Airiel. "Em boleh jugak",jawab Rayyan & Naufal serentak. Petang itu mereka bercadang untuk pergi kekondo Mikhael secara mengejut tanpa pengetahuan Mikhael. Setibanya mereka dipintu rumah Mikhael,pintu tersebut berkunci,lalu mereka menekan loceng bertubi-tubi seolah-olah ingin memberi kejutan. Setelah pintu dikuak,akhirnya mereka yang terkejut kerana pintu tersebut dibuka oleh seorang gadis yang sangat anggun dan cantik yang boleh dikatakan seperti seorang bidadari. "Errr.. Wei Rayyan Naufal,kita salah rumah kot ni",omel Airiel pada mereka berdua. "Salah rumah tengkorak engkaulah! Ni bukannya first time kita datang sini,dah berpuluh-puluh kali kita datang lepak sini",jawab Naufal. Raisya hanya melihat gelagat mereka bertiga. "Cik Cantik,Mikhael ade tak ? Ke dia dah jual rumah ni?",soal Rayyan bertubi-tubi. "Encik bertiga ni sape ye?",ayu dan lembut je suara dia. "Kami ni sepupu Mikhael",jawab Syam. "Oh,jemputlah masuk dulu. Tuan pergi ke kedai tadi",pelawa Raisya pada mereka bertiga. "Tuan??",mereka berpandangan sendiri dengan pelbagai persoalan dibenak lalu melangkah masuk. Sementara mereka menunggu kepulangan Mikhael,Raisya pergi kedapur menyediakan air & juga sedikit juadah untuk dihidangkan. 10 minit kemudian kedengaran loceng rumah dibunyikan. Airiel meluru kepintu untuk membuka pintu. "Wei cousin! How are you?",sapa Airiel pada Mikhael sambil menghulurkan tangan. Mikhael kelihatan agak terkejut dengan kehadiran sepupu-sepupunya itu. "Eh korang dah lame ke sampai?",sapa Mikhael pada mereka bertiga."Baru je sampai",jawab Naufal. Raisya pun datang dengan menatang satu dulang air dan juga sedikit juadah. Sementara Raisya menuang air,mereka bertiga melihat Raisya tanpa berkelip. Masing-masing dalam angau sendiri. Tetiba Rayyan berkata,"Eh Mikhael,sejak bila ko pelihara 'bidadari' dalam rumah ni?".soalan Rayyah membuatkan muka Raisya merah padam. "Wei,sudah-sudahlah tu",tegur Mikhael pada mereka. "Mikhael, betul cakap si Rayyan tu. Ko jumpa dekat mane 'bidadari' yang cantik ni?",tambah Naufal lagi tidak puas hati. "Jemput minum",sapa Raisya pada mereka menyebabkan mereka terjaga dari angau sendiri lalu dia mengatur langkah untuk kedapur. "Dia lain dari perempuan yang dah aku jumpa sebelum ni. Dia special.So korang jangan berani nak kebas dia ok. She's mine!",ulas Mikhael sambil tersenyum pada sepupunya itu. "Adoi,terlepas ler kita lau cenggini jawabnya",keluh Airiel. Tiba-tiba mereka kedengaran satu bunyi didapur..Uuuweerkkk! Werkkk.. Uweerkkk.... "Raisya awak ok tak? Sekejap ek beb!",Mikhael berlari anak mendapatkan Raisya didapur. "Awak ok tak? Kenapa muntah-muntah ni?",soal Mikhael penuh dengan kebimbangan. Airiel,Naufal & Rayyan keliru dengan ape yang terjadi. Adakah gadis itu?? Arrghhh! Tak mungkin Mikhael sanggup menodai gadis sebaik itu. Omel Airiel sendirian didalam hatinya. Setelah selesai menguruskan Raisya yang kemuntahan,Mikhael menidurkan Raisya. Raisya kelihatan begitu lemah. Mikhael keliru dengan keadaan Raisya. Raisya tidak sihatkah? Atau mungkin dia??? Tak mungkinlah Mikhael. Dia cuba memujuk dirinya sendiri lalu meninggalkan Raisya yang sudah terlena dibuai mimpi. "Ko ok beb?",tegur Rayyan pada Mikhael. "Aku ok je bro,tp Raisya yang nampak macam tak ok. Oh ya aku lupa nak kenalkan gadis cantik tadi. Yang korang panggil bidadari tadi tu nama dia Tengku Puteri Raisya Qaisara, nama manje dia pulak Raisya",terang Mikhael pada mereka. "Wei dekat mane ko jumpa Raisya tu?",tanya Airiel tanpa sabar. "Panjang ceritanya bro. Kalau aku cerita pun korang mesti penat mendengarnya". "Cerita jelah kami nak tahu ni",tambah Rayyan pula gelojoh. "Ok,cerita dia macam ni. Korang ingat tak yang last aku join korang gi disco hari tu? Aku jumpa dia dekat situ laa. Tapi before korang pikir kotor biar aku terangkan,Raisya ni gadis yang baik. Dia tak sama macam perempuan-perempuan yang ada dalam club tu. Dia boleh berada disitu pun kerana diculik dan dipaksa menjadi pelayan dekat situ. So aku bayar dekat tauke situ sebagai ganjaran untuk dia lepaskan Raisya",ujar Mikhael panjang lebar bagi memberi lebih kefahaman pada sepupu-sepupunya itu. "Tapi serious aku bagitahu ko bhai,Raisya memang cun habis. Perghh geram aku siot!",seloroh Naufal. "Ishh ko nih,kesitu pulak",sampuk Rayyan. "Tapi ade lagi 1 masalah lah bro",sambung Mikhael sambil termenung. "Ape bro?",soal Airiel ingin tahu. "Aku rasa Raisya mengandungkan anak aku kot". Kata-kata Mikhael telah memeranjatkan mereka bertiga. "Ape ko dah buat bro?",soal Airiel. "Aku tak sengaja. Aku tak sedar ape yang terjadi malam tu. Bila aku terjaga je dari tidur aku tengok Raisya dalam pelukan aku & kami berdua duduk dalam 1 selimut tanpa seurat benang pun. Sekarang aku tengok Raisya nampak lemah sangat. Dia asyik muntah-muntah,pucat & nampak lesu je. Aku risau bro",rungut Mikhael dalam ekspresi muka yang risau. Jelas terpancar kebimbangan pada raut wajah Mikhael. "Ape nak buat bro,nasi dah jadi bubur. Ko kena hadapi sume ni dengan kuat. Kami sentiasa ada dibelakang ko",jawab Rayyan seolah-olah memberi sinar semangat pada Mikhael. "Tapi aku dah berjanji pada dia yang aku akan bertanggungjawab kalau ape-ape berlaku pada dia. Aku nampak dia pun murung je. Mungkin risau dengan masa depannya",rungut Mikhael kesedihan dengan rasa bersalah atas ape yang dah berlaku. "It's ok la bro! Kami tahu ko kuat. Ehh ape kate ko bawak balik dia jumpa papa & mama??",cadang Airiel pula. "Betul jugak tu bro. Mana tahu kan kalau-kalau papa & mama berkenan nak buat menantu ke..",seloroh Naufal. "Aku pun ade terfikir jugak pasal tu,tapi aku takutlah wei. Aku takut papa & mama marah",jawab Mikhael lagi. "Cuba la dulu. Belum cuba belum tahu", saran Airiel lagi. "Ok la bro,aku try ok. Tengok lah maybe next week aku bawak Raisya jumpa papa & mama ok", jawab Mikhael penuh semangat. "Haa, macam tu lah baru anak jantan.hahahaaaa",seru Airiel lagi. "Wei,kita dah lewat ni,jom la kita gerak dulu. Nanti karang ada dinner dengan Dato' Arsyad pulak",sapa Rayyan sebagai peringatan pada Airiel & Naufal pasal dinner dengan Dato' Arsyad bagi mendapatkan 1 tender di Terengganu . "Ehh yela,aku hampir-hampir terlupa tadi. Ok la bro,kami balik dulu yer. Ape-ape hal ko rojer la kami. Whatsapp ke call ke ok",pintas Syam pulak. "Ok bro. Jom aku hantar korang ke pintu. Mane nak tahu korang dah tak nampak pintu pulak ke sekarang sejak nampak Raisya ni.hahahhaaa",seloroh Mikhael pada sepupu-sepupunya itu sambil menghantar mereka sampai ke muka pintu. "Ok bro,kami balik dulu. Take care Raisya elok-elok", jawab Airiel sambil menghulurkan tangan. 


Tuesday, 19 April 2016

Dia Bidadariku (BAB 3)

BAB 3


Setelah 3bulan hidup bersama,rutin harian Raisya seperti biasa,mengemas rumah,cuci pakaian,jemur,lipat, susun pakaian,sediakan makan minum Mikhael. Hidupnya sekarang seolah-olah seperti isteri tuannya sendiri. Dia tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa izin Mikhael meskipun hanya untuk mengambil angin luar dari kawasan rumah itu. Hidupnya terkongkong,hidupnya tidak bebas seperti gadis-gadis remaja yang lain. Walaupun hidupnya dikongkong,dia tetap bersyukur kerana berjumpa dengan seorang jejaka yang tampan meskipun sangat bengis dan garang. Setakat 3bulan dia tinggal bersama Mikhael,Mikhael masih belum 'mengapa-apakan' dia,disebabkan itulah dia melabelkan Mikhael sebagai seorang majikan yang baik.
Suatu malam ketika Mikhael pulang dari kerja,beliau begitu penat kerana banyak kerja yang perlu diuruskan dibeberapa site siang tadi. Sesampainya dirumah, terus dia lena diatas katil empuknya tanpa menjamah makanan yang telah dimasak oleh Raisya. Ketika itu hujan sangat lebat. Ia membuatkan Mikhael makin enak diulit mimpi. Sementara itu,Raisya tidak lena tidurnya kerana ketakutan mendengar ribut petir yang sambar menyambar dengan begitu kuat ketika itu. Dia cuba menutup mata dengan berselimut,namun otaknya masih ligat memikirkan petir yang kuat itu. Raisya tidak tahan dengan ribut yang kuat ketika itu,dia segera berlari masuk kebilik tuannya. Dia menangis dibirai katil tuannya sambil memegang erat tangan beliau akibat ketakutan yang melampau. Mikhael tetiba terjaga dari lenanya akibat gangguan daripada Raisya. "Kenapa ni Raisya,kenapa nangis?",tanya Mikhael dengan penuh cemas melihat Raisya menangis teresak-esak. "Raisya takut tuan. Petir kuat sangat. Raisya takut sangatt tuan", jawab Raisya dalam esakan. Adoi,kesian pulak dekat minah ni,takkan aku nak halau dia suruh tidur dalam bilik dia kot sedangkan dia masuk bilik aku sebab ketakutan,fikir Mikhael dalam hatinya. "Takpelah Raisya,ko tidur sini sebelah aku. Tu pun kalau ko tak kesah la. Kalau ko kesah,pergilah tidur dalam bilik ko", duga Mikhael. "Taknak tuan,Raisya takut",esakkan Raisya makin kuat. "Kalau takut datanglah tidur sebelah aku ni. Cepatlah aku nak tidur ni", tegas Mikhael. Raisya menuruti cakap tuannya kerana dia terlalu takut bunyi ribut petir tersebut. Malam tu Raisya terlena dalam dakapan tuannya tanpa sedar. Keesokan harinya Raisya terjaga dari tidur,dia melihat dirinya dalam pangkuan erat tuannya tanpa seurat benang pun. Raisya mendapati dirinya terlalu lemah tidak bermaya. Dia menangis teresak-esak dalam pelukan tuannya sehingga menyebabkan Mikhael terjaga dari tidur. "Raisya,kenapa ni menangis? Raisya kenapa ....?" Kata-kata Mikhael terhenti disitu setelah melihat dirinya bersama Raisya tanpa seurat benang ditubuh,yang tinggal hanyalah selimut yang menutupi tubuh mereka berdua. Apa aku dah buat pada Raisya ni? Apa dah jadi semalam?? Pelbagai persoalan berlegar dibenaknya. Dia bangkit dari katil lalu mencapai tuala yang tersangkut pada almari pakaian lalu menuju kebilik air dengan meninggalkan Raisya menangis keseorangan. Mikhael pening,keliru dengan ape yang telah terjadi semalam.Adakah ini satu mimpi ? Lalu beliau menyimbah air pada mukanya. Ini adalah satu realiti. Tak mungkin!! Lalu dia keluar menuju kekatil untuk mendapatkan Raisya. Raisya kelihatan begitu ketakutan sambil memeluk tubuhnya seerat mungkin. "Nah". Mikhael menghulurkan sepasang pijama pada Raisya. Raisya bangun dari katil untuk memakai pijama tersebut sebagai perlindungan dirinya. Mikhael tiba-tiba terkesima apabila dia melihat tompokan darah pada katilnya. Ini bermakna Raisya masih dara & akulah si peragut dara dia. Tidak! Tidak!! Ya Allah betapa berdosanya diri aku ni. Gadis sesuci dialah yang aku maki dan hina. Allah ampunkan dosaku,sesungguhnya akulah hamba-Mu yang hina. Pinta Mikhael dalam hatinya. Sementara itu Raisya masih lagi menangis mengenangkan dirinya yang sudah tidak suci lagi. Dimana harusku sorokkan muka ini andai orang sekeliling mengetahuinya? Ya Allah,bantulah aku,tunjukkan aku jalan kebenaran-Mu. "Raisya saya minta maaf. Saya tak sedar ape yang terjadi semalam. Saya betul-betul tak sengaja dan itu semua luar dari kawalan saya. Saya mintak maaf. Andai ape-ape terjadi pada awak,saya akan bertanggungjawab. Saya janji ! Saya akan bertanggungjawab. Maafkan saya Raisya", rayu Mikhael dalam nada yang lembut seakan memujuk. Raisya terkejut dengan perubahan cara percakapan tuannya. Daripada dia membahasakan dirinya 'aku ko',sekarang dia telah menukarnya kepada 'saya awak'. "Tuan,macam mane dengan masa depan saya tuan? Saya dah tak suci lagi. Saya dah kehilangan dara saya yang saya lindungi selama 20 tahun. Masih ade lagikah lelaki yang sudi menerima saya selepas ini setelah mengetahui saya sudah tidak perawan lagi?",soal Raisya dalam tangisannya. Ini membuatkan Mikhael rasa semakin bersalah pada Raisya. Ya Allah,siapa yang taknak pada gadis secantik & sebaik engkau Raisya,aku pun rasa seperti sudah terpikat pada engkau. Rungut Mikhael dalam hatinya. Ya!! Aku sudah terpikat pada dia. "Tak mengapalah Raisya,saya akan sentiasa ade disisi awak. Dan saya akan pastikan awak dimiliki oleh seorang lelaki yang amat mencintai awak & dia akan menjaga awak sebaik mungkin", pujuk Mikhael lagi bagi melegakan hati Raisya. Selepas kejadian malam tu, Mikhael makin berlembut dengan Raisya. Dia sudah tidak lagi membahasakan dirinya 'aku ko' . Dia lebih banyak meluangkan masa dirumah bersama Raisya berbanding sepupunya. Dia membawa Raisya mengenali seluruh pelusuk KL. Mereka seolah-olah pasangan yang sedang hangat bercinta. Disetiap dinding rumah dan juga almari-almari kabinet yang ada dirumah dipenuhi dengan frame gambar mereka berdua dengan pelbagai gaya termasuk yang sangat 'sweet'. Namun walaupun begitu Raisya tetap memanggil Mikhael dengan panggilan tuan . Dia sedar siapa diri dia, dia tidak sesuai dan tidak setaraf dengan Mikhael. Ibaratkan seperti burung Enggang dan pipit.