Pada 13 April 2016 maka wujudlah satu (1) lagi blog saya yang entah kesekian kalinye.. HaHaa..
Blog ini diwujudkan supaya saya dapat berkongsi angan-angan, impian,cita-cita dan in sha ALLAH mungkin juga boleh membantu para sahabat yang berkeinginan untuk 'berblogger' seperti saya.. huuuu :)
Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh dalam 'dunia blogging' , jom saya kongsikan sedikit sebanyak info atau maklumat mengenai diri saya sebagai salam pengenalan kita.
" Tak Kenal Maka Tak Cinta "
Nama saya AmSya . Uolls boleh panggil saya Cik Sya or whatever lah.. janji sedap di dengar dan baik pula bunyinye ye. Saya lahir dalam keluarga yang sederhana di daerah SETIU,TERENGGANU pada tanggal 29 FEBRUARY 1996 . Cik Sya merupakan puteri bongsu daripada 8beradik. 2hero & 6heroin . heee..
Sekarang Cik Sya menetap di Subang Jaya dan berkerjaya tetap sebagai "Admin Clerk" dalam company 'Construction of Fire Protection' .
Perihal ibu bapa ?
Jom Cik Sya rungkai sikit tentang KESAYANGAN Cik Sya ni.
Ayah saya telah pergi menghadap ILLAHI kira-kira 12tahun yang lalu sewaktu saya baru berusia 8tahun (darjah 2) . Masa tu saya masih mentah, masih bodoh, masih belum mengerti ape itu kematian, ape itu kehilangan. Tapi mati itu pasti ! Allah lebih sayangkan ayah. So sekarang saya redha. Sayang rindu cinta masih pada ayah. Semoga ayah berbahagia dan kita akan jumpa disana nanti. in sha ALLAH .
Al-Fatihah buat ayah ...
Cik Sya masih mempunyai seorang mek (bonda.. kiteorang panggil mek sebab kiteorang orang pantai timur k) . Mek seorang yang penyayang, rajin, kreatif dan juga bijak walaupun tidak bersekolah. Mek Cik Sya punya IT lagi laju daripada Cik Sya sendiri .. huhuu.. Saya lembab sikit bab matematik ni, tapi mek perghhh.. main cangak je kira .. Ok abaikan pasal saya keh! Berbalik pasal mek tadi, mek ni suka berbisnes dan memang kaki bisnes. Mek start berbisnes sebelum dia kahwin lagi. Kiteorang adik beradik pun dibesarkan melalui titk peluh mek berbisnes. Dulu mek pernah membuka kedai makan dirumah sendiri, tempat perkelahan air terjun 'LATA BELATAN,BESUT' dan juga pernah membuka kedai pakaian 'SINAR MIAZ ENTERPRISE'. Namun kini setelah lewat usia, mek telah bersara memandangkan sudah tiada tanggungan lagi. Cik Sya la anak last yang ditanggung mek.. huhuu :D
Kini mek goyang kaki dan santai sahaja. Setiap bulan elaun daripada anak-anak akan masuk. Itu pun tak terbalas jasa mek besarkan kami. I LOVE YOU mek !!! Hobi mek sekarang adalah memancing, bercucuk tanam, membela & memelihara haiwan. Rumah kami sekarang sudah jadi seperti nurseri bunga & tumbuhan dan juga zoo negara yang tak diiktiraf ! hahaa.. pelbagai kucing ade.. daripada yg bulu biasa dan bulu lebat. Aquarium ikan dia.. Whateverlah mek, as long as u happy, im happy too.. muaahhh ciked ! :*
So kepada followers & bakal followers saya, saya mengharapkan anda menyokong saya dan sentisa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Itu sahaja . Cik Sya nak choww dulu sebab sekarang time kerja tapi boleh pulak aku update blog bagai.. aduyaii.. Ok choww, adioosssss !
Salam Sayang,
Cik Sya Shomell :)
No comments :
Post a Comment