Wednesday, 13 December 2017

Cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang





Cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang di Malaysia. Cara nak set lokasi uber ni takde le susah mana. Saya pun main tekan-tekan jer boleh jumpa caranya sebab applikasi untuk uber rider ni mesra friendly dan senang  nak guna semudah a, b dan c. Tetapi laporan ini adalah untuk perkongsian jika anda belum download lagi applikasi uber rider ni dan supaya anda dapat gambaran macam mana sebenarnya applikasi uber untuk rider nih.
Gambar-gambar / screenshoot dalam laporan ni adalah dari smartphone saya sendiri. Ini untuk memudahkan anda menekan tempat yang sepatutya semasa menggunakan applikasi uber rider nanti. Selamat menggunakan applikasi uber dan perkhidmatan uber yang mesra pelanggan.



Cara guna applikasi uber untuk rider

Anda boleh lah lihat gambar dan baca laporan di bawah untuk memudahkan anda memahami bagaimana nak guna applikasi uber ni dengan kata lain bagaimana nak book kereta uber untuk anda pergi ke sesuatu destinasi.
 
 
 
 
Inilah paparan applikasi uber untuk rider cari kereta pemandu uber. Pastikan rider uber dah daftar dulu untuk gunakan applikasi uber ni dan pendaftaran dengan applikasi uber rider ni sangat mudah. Masukkan juga cara bayaran iaitu menggunakan kredit kad di mana nombor kredit kad kena di masukkan ke dalam applikasi uber rider nih.
Ini salah satu limit kepada pengunaan applikasi uber kerana ada rider yang tidak ada kredit kad terutamanya pelajar negara kita. Kalau pelajar asing, mereka biasanya ada kredit kad untuk menggunakan applikasi uber. Tetapi sekarang pembayaran menggunakan tunai pun dah di benarkan untuk pengguna uber!
Anda kena tekan ' SET PICKUP LOCATION '.
  






Lokasi anda akan di zoom kan ke lebih detail. Anda tekan butang ' + " untuk tetapkan lokasi ke mana anda hendak pergi untuk memudahkan uber partner uber / driver tahu lokasi anda hendak pergi. Sebab kadang-kadang driver tak nak pergi ke sesuatu lokasi kerana beberapa sebab terutamanya yang jadi uber partner secara part time. Mungkin tak cukup masa.
 
 
 

Info kredit kad anda sepatutnya dah masukkan masa daftar dengan applikasi uber. Nak bayar guna paypal pun boleh.
Itulah secara ringkas cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang. Jika anda mepunyai masalah atau pertanyaan mengenai uber, anda boleh tulis di ruangan komen. Nanti saya jawab.
Terima kasih kerana membaca pengunaan applikasi uber ni.

 

No comments :