So rini saya nak berceloteh about 29Februari . Ade ape dengan 29 Februari ? takde ape-ape,
cuma 29 Februari itu tarikh keramat terlahirnya seorang insan yang bengis macam saya. hahaaa.
Dan ini serba sedikit maklumat tentang 29 Februari untuk pengetahuan anda semua.
Jangan jemu membaca yeee :)
29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang
mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh
ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601,
tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini
merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang
meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk
2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk
2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad.
Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh
menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas
28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun
tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar
Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat
dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila
dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama
dengan sama rata.
Hari
lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan
oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun.
Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.
Dan ini antara peritiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku pada tarikh 29 Februari
- 1988 - Ketua biskop Afrika Selatan Desmond Tutu (gambar) ditahan bersama 100 orang paderi lain dalam tunjuk perasaan anti-aparteid lima hari di Cape Town.
- 1996 - Sebuah pesawat Boeing 737 dari Peru terhempas di Banjaran Andes. 123 orang terkorban.
- 2004 - Jean-Bertrand Aristide meletak jawatan sebagai Presiden Haiti berikutan pemberontakan besar-besaran.
Actually
nak cakap untung tak juga, memang tak ramai yang lahir 29 Februari,
tapi tarikh ni memberi banyak pengalaman pada diri saya. teruskan
mambaca untuk mengetahui ape pengalaman saya sepanjang hidup ni. First,
zaman sekolah rendah saya ingat lagi, setiap bulan guru kelas saya akan
sambut birthday kawan sekelas. kawan-kawan saya dapat macam-macam
hadiah, sedangkan saya pula setiap bulan menangis . Sedih sebab tak
dapat samabut birthday setiap tahun macam kawan-kawan yang lain. Pada
tahun 2008, Masa tu saya darjah 6, happy sangat-sangat sebab hampir
semua guru disekolah bagi hadiah. Ade yang beri hadiah, ade juga guru
yang bagi duit. Happy sangat. :)
Pada
2012 pula, saya diberi kejutan oleh kawan sekelas dengan sambutan hari
jadi yang sangat meriah.. Thanks Hawa sebab kaulah kepala pengat majlis
tu..
Zaman
kecil-kecil dulu saya selalu suarakan pada mak saya kenapa lahirkan
saya pada 29 Februari ? Kenapa tak lahirkan saya pada 28 Februari atau
mungkin1 Mac. Mak saya selamber je jawab, habis mak tak tahan dah masa
tu.. Kau nak cepat sangat tengok dunia luar ni. hahaaa.. Mak memang
sporting & funny.
Yang paling best sekarang , esok 29 FEBRUARI 2016
merupakan hari kelahiran saya yang ke-5. Wah wahh.. baru 5tahun ko yer
jemah ?? hahahaaa.. Now hadiah dah tak penting, janji mak still sihat
& sayang saya sentiasa pun dah cukup! Terima kasih mak sebab
lahirkan saya kedunia yang penuh dengan penipuan, terima kasih sebab
support saya dalam segala hal.. adik sayangkan mak. adik rindu mak.
rindu sangatt. teringin nak mak sentiasa ade disisi tak kira dalam ape
situasi sekali pun. I LOVE YOU !
***p/s : sila tekan link biru dibawah untuk follow laman sesawang saya
facebook
instagram
YouTube
***p/s : sila tekan link biru dibawah untuk follow laman sesawang saya
YouTube



No comments :
Post a Comment