Tengku Mikhael Aryan atau lebih dikenali sebagai Mikhael merupakan seorang anak tunggal jutawan yang nakal. Hidupnya penuh dengan foya-foya. Dia juga boleh digelarkan sebagai 'PLAYBOY MALAYA'. Dengan ketampanan yang dimilikinya,dia digilai ramai anak gadis yang liar. Dia sering ditemani dengan 3 orang sepupu yang mempunyai "1jiwa" dengannya. Setiap hari hidupnya akan dibazirkan dalam kelab malam setelah pulang dari pejabat yang dimiliki oleh papanya iaitu Dato' Mirza Ayden salah seorang jutawan hartanah di Kuala Lumpur bersama sepupu-sepupunya iaitu Airiel,Rayyan & juga Naufal yang telah dianggap sebagai sahabat karib. "Wei Mikhael takkan minum je kot? Jum la dancing!" Sapa Rayyan menghentikan lamunan Mikhael. Mikhael terjaga dari khayalannya. Dengan pantas beliau meninggalkan meja bar itu dan terus sertai Airiel, Rayyan & juga Naufal menari. Mereka terlalu gembira bila dapat 'release tension' sebegini setelah pulang dari kerja. Kerana terlalu banyak 'minum' akhirnya Mikhael tewas. Dia telah meminta seorang peneman ketika beliau berehat di 'private room' . "Tauke,you ada sorang amoi tak? I nak itu amoi temankan I rehat ini malam". "Aiyaa! Lu punya pasal dua amoi I kasi sama You lol". "Tauke, I mahu sorang je meh! I rimas ramai-ramai". "Lu cakap saja lol lu mahu yang macam mana. Yang tinggi ada,yang rendah ada,yang kurus slim ada. Haa,ada lagi sorang, 'ayam kampung' fresh lagi lol. Lu mahu yang mana? Cakap saja sama wa", kata 'bapak ayam' tu pada Mikhael. Beliau dengan spontan menjawab,"You kasi saja 'ayam kampung' yang fresh tu sama I. Lagi pun I dah lama tak rasa 'ayam fresh'",jawab Mikhael sambil gelak besar . "Ok lol. You tunggu saja dalam bilik ok. Nanti wa kasi hantar wa punya olang kebilik lu". "Ok tauke,cepat sikit". Mikhael terus kebilik. Sesampainya dibilik,Mikhael terus baring diatas tilam yang begitu empuk dirasakannya. Tetiba dia terlena akibat terlampau mabuk. Apabila dia terjaga dia dapati ada seorang gadis yang begitu cantik bersamanya didalam bilik tersebut. Pada ketika itu gadis itu berada dipenjuru bilik tersebut. Semakin Mikhael mendekati gadis tersebut,semakin kuat esakan gadis itu. Gadis itu kelihatan begitu ketakutan. Dia menangis tanpa henti. Mikhael menghentikan langkahnya. Lalu dia duduk dipenjuru katil itu. "Siapa nama ko?",soal Mikhael pada gadis jelita itu. Gadis itu hanya diam membisu,yang kedengaran hanyalah tangisannya. "Aku tanya siapa nama ko?!! Ko pekak ke atau ko buat-buat tak dengar?!!!". Herdik Mikhael pada gadis tu. Dalam suara yang sendu dan nafas yang tersangkut-sangkut gadis itu menjawab,"Tengku Puteri Raisya Qaisara". Ringkas dan padat je jawapan dia. Hati Mikhael berkata-kata,namanya seindah rupa. Rupa dia ada iras dengan pelakon jelita Nelydia Senrose. Tapi kenapa dia bekerja disini? Arghhh!! Kesah pulak aku. Ini perempuan murahan namanya. Sanggup menggadaikan maruah untuk mendapatkan duit. Fikir Mikhael didalam hatinya. "Kenapa ko menangis? Bukankah ko yang hendakkan duit sampai sanggup menggadai maruah engkau sendiri?",psiko Mikhael lagi. Sejenak selepas Mikhael berkata demikian,tangisan Raisya semakin kuat. Air matanya mengalir dengan laju. Seandainya engkau boleh memahami diri aku,kata hati Raisya. "Aku tanya ni jawablah!!". Herdik Mikhael lagi. Dalam tangisan Raisya menjawab,"saya tak pernah berniat untuk datang kesini dan saya juga tak pernah berniat untuk membuat pekerjaan ini.Tuan tolonglah saya,tolong bebaskan saya dari tempat ini. Saya taknak berada disini,saya rela jadi pemungut sampah dari menjual harga diri saya disini. Tolonglah saya tuan,saya merayu sangat-sangat pada tuan". Rayu Raisya kepada Mikhael agar dirinya dibebaskan dari tempat hina itu dalam tangisan yang amat mendalam. "Kenapa pulak aku yang kena bebaskan ko dari sini ? Ko takde kaitan dengan aku", jawab Mikhael ringkas. "Tolonglah tuan, saya merayu. Hanya Tuan je yang boleh tolong saya. Tolonglah saya tuan", rayu Raisya sungguh-sungguh pada Mikhael. Dia cantik,comel,rugi kalau aku lepaskan dia,fikir Mikhael didalam hatinya. "Baiklah,aku boleh tolong bebaskan ko dari sini,tapi ada satu syarat". "Ape syaratnya tuan? Saya sanggup lakukan ape saje asalkan saya boleh keluar dari tempat ini. Tolong saya tuan",rayu Raisya lagi. "Syaratnya adalah engkau kena tinggal bersama aku, Ko kena jadi seperti orang suruhan aku,kena lakukan ape yang aku suruh dan patuh pada arahan aku. Boleh ko terima syarat aku tu?",tanya Mikhael pada Raisya. Raisya kelihatan termenung memikirkan syarat yang diberi oleh Mikhael tadi. Jika benar lelaki ini ingin menolong dirinya mengapa mesti bersyarat ? Atau mungkin dia juga seorang yang tidak baik? Fikir Raisya sendirian. "Engkau setuju ke tidak?",sapa Mikhael mengejutkan Raisya dari lamunannya. "Baiklah saya terima,janji tuan tidak mengapa-apakan saya",kata Raisya agar Mikhael faham disebalik kiasannya. "Kalau begitu engkau tunggu disini,aku pergi berjumpa boss 'kesayangan' engkau",perli Mikhael pada Raisya. Raisya hanya tertunduk sedih dengan sindiran Mikhael itu.
"Hallo
tauke! You nampak busy meh?",sapa Mikhael pada 'Bapak Ayam' disitu.
"Aiyaa boss,banyak busy lol.apehal boss? Itu amoi ada bikin masalah sama
you kah?",soal tauke tu pada Mikhael . "Takdelah tauke,itu amoi banyak
cunlah. I pun sudah tergoda sama dia. Dia punya layanan memang first
class lah tauke. Pandai you cari amoi ya". Bohong Mikhael pada tauke tu
walhal dia tidak pernah bersentuhan pun dengan Raisya,tetapi dia memang
tidak menidakkan yang Si Raisya memang seorang gadis yang anggun &
cantik yang tidak pernah dia jumpa sebelum ini. "Lu tengok sapa yang
cari",jawab tauke tu penuh bongkak. "Tauke,I rasa hati I dah jatuh la
pada si amoi tu. Bolehkah I ambik dia daripada you?",soal Mikhael lagi.
"Mana boleh boss! Itu amoi kita sini mahu 'pakai' lama lol. You mana
boleh angkat", tegas tauke tu. Mikhael masih tidak puas hati dengan
jawapan tauke tu lalu dia pujuk lagi. "Aiyaa tauke,lu punya amoi sudah
ramai lol disini,kasi I angkat la ini satu amoi. Kalau you kasi I angkat
ini amoi,I kasi you 50K. You mahu tak?",tegas Mikhael lagi dengan
mengaburi mata tauke itu dengan duit. Kerana Mikhael tahu, 'bapak-bapak
ayam' sebegini sememangnya sangat gilakan duit. "Lol,lu serious ka boss
mahu angkat ini amoi? Kalau lu serious mahu angkat ini amoi,lu kasi wa 65K, wa lepas ini amoi sama lu. Boleh?", "Ok I setuju 65K. Tapi ada
1syarat!! Syaratnya you tak boleh ganggu hidup dia lagi selepas I kasi u
duit. Setuju?",tanya Mikhael dengan tegas pada tauke itu. "Ya ok,wa
setuju",jawab bapak ayam itu.
Tetiba
Mikhael teringatkan sepupu sepapatnya. Adoi,mana setan 3orang nih
rungut Mikhael sendirian sambil mata melilau didalam kelab malam tu.
Arghh!! Lantak doranglah,dorang dah besar panjang,pandai-pandailah sara diri
korang ok kata Mikhael dalam benaknya. "Eh ko tercegat ape lagi? Ke nak
suruh aku jemput buka pintu kereta baru reti nak masuk?",soal Mikhael
pada Raisya mengejutkan Raisya dari lamunannya. Raisya lantas membuka
pintu kereta mewah yang dimiliki oleh Mikhael iaitu kereta NISSAN GTR R35 lalu meluncur laju meninggalkan kelab malam itu.
Mikhael pun membawa Raisya pulang ke kondo persendiriannya yang
terletak berdekatan jalan P.Ramlee & KLCC iaitu ONE KL. Mikhael
memecut laju keretanya mengharungi liku-liku kesibukan Kota Metropolitan
itu. Sepi sahaja sepanjang perjalanan pulang ke kondo,yang kedengaran
hanyalah omelan Dj radio Ultra.fm iaitu channel pilihan hati Mikhael.
Masing-masing melayan perasaan sendiri sambil melihat kesibukan kota itu
. Sesampainya di kondo,Mikhael membawa Raisya kebiliknya. Raisya akan
ditempatkan disini selagi tiada sebarang masalah berlaku. "Ini rumah aku dan ini bilik ko. Aku nak ko jaga rumah aku macam ko
jaga rumah ko sendiri ok. Jangan nak sepahkan rumah,kena selalu kemas
rumah dan oh yaa sebelum aku lupa,aku nak ko setiap hari masak untuk
aku. Faham!!",dengan panjang lebar Mikhael mulakan mukadimmah tentang
tugas Raisya dirumah itu. Raisya hanya mengangguk lemah. "1 lagi ok,ko
jangan cuba-cuba nak keluar lari dari rumah ni. Kalau aku nampak je ko
mencurigakan atau ko cuba nak lari dari sini,ko tanggunglah akibatnya
nanti. Ko faham ke tak?!!",herdik Mikhael pada Raisya sebagai mengugut.
Raisya hanya mengangguk sebagai tanda faham atas arahan Mikhael tadi.
"Sudah,pergilah rehat. Aku nampak ko dah macam tak bertenaga dah tu. Aku
pun penat nak rehat jugak ni. Kepala aku berdenyut sangat dah ni sebab
tak cukup rehat. Nasib baiklah esok aku off",omel Mikhael pada Raisya.
Kemudian Mikhael terus kebiliknya dan terus lelapkan matanya. Dia
sendiri kepenatan dengan rutin hariannya sendiri.
No comments :
Post a Comment