Dia Bidadariku (BAB 6)
BAB 6
Dirumah Mikhael
"Assalamualaikum"
. "Wa'alaikummussalam" , sahut papa dan mama Mikhael serentak . Semasa menoleh tengok pada pemberi salam , mereka berdua tergaman melihat
Mikhael bersama seorang gadis yang lain pula kali ini. "Papa mama sihat
?" , sapa Mikhael pada kedua orang tuanya sambil tersengih . "Eh , jumpa
ke jalan balik kerumah ni ? ke guna WAZE ?" soal Dato' Mirza Ayden
pada Mikhael . "Tadi sesat juga, then Mikhael guna WAZE cari jalan balik
kerumah. hehee" , seloroh Mikahel menjawab pertanyaan papanya sambil
tersengih-sengih macam kerang busuk "Ni sape Mikhael ? " soal Datin
Maria pula. "Oh lupa Mikhael nak memperkenalkan. Ni teman Mikhael , nama
dia Tengku Putri Raisya Adrianna. Raisya , ni mama dan papa saya",
panjang lebar Mikhael memperkenalkan Raisya pada kedua ibubapanya. "Dato
Datin, saya Raisya", Raisya memperkenalkan dirinya pada papa dan mama
Mikhael sambil menyalami mereka. "Silalah duduk Putri" , pelawa mama
Mikhael. "Bibik ! Buatkan air untuk tetamu kita ni" , arah Datin Maria
pada orang gajinya. "Kamu kemana Mikhael lama tak balik kerumah ? " ,
soal papanya. "Err... Mikhael busy lah pa. Banyak kerja dekat luar sana.
" Bohong Mikhael pada papanya. "Busy sampai tak boleh balik langsung
kerumah? Kamu ingat kamu tu Perdana Menteri ke nak uruskan hal negara.
Sesibuk Perdana Menteri pun ada masa berehat dan pulang kerumah", bebel
papanya. "Saya assistant Perdana Menteri pa", ada-ada je jawapan si
Mikhael ni menjawab soalan papanya. "Banyak la jawapan kamu ni Mikhael.
Malas papa nak layan kamu. Putri umur berapa?" Soal Dato' Mirza pada Raisya. "Saya umur 19 Dato' " ,
jawab Raisya dalam nada gementar. Adoi nervousnye. Sampai bila la nak
hadap papa mama Si Garang ni. Celoteh hati Raisya sendirian. "Wah ! Muda
lagi . Oh ya Putri , kamu tak payahlah BER-DATO' BER-DATIN dengan kami.
Panggil je kami papa & mama ye" kata Dato' Mirza. Raisya kelihatan
terkejut dengan jawapan Dato' Mirza itu tadi. "Betul tu, panggil je
kami papa mama ye", sokong Datin Maria. Muka Raisya berubah jadi merah
padam apabila mama papa Mikhael kata begitu. Ya Allah segannya.
Kenapalah Si Garang ni perangai tak sama macam Dato' & Datin, omel
Raisya sendirian. Mikhael cuma tersenyum sendirian melihat reaksi Raisya
yang agak terkejut itu tadi. " Raisya kerja ke masih study lagi ? ",
tanya mamanya Mikhael. "Errr... Dia study lagi mummy", pintas Mikhael
laju. "Oh. Study dekat mane ?", sambung mama Mikhael lagi. "Raisya study
dekat KLMU tu mama papa", jawab Mikhael ringkas. "Eh Putri makan dekat sini
jelah yer", pelawa papa Mikhael. "Boleh jugak pa sebab Raisya tengah
cuti sem sekarang", sampuk Mikhael. "Oh kalau macam tu tinggal je dekat
sini ye sampai habis cuti,takdelah mama boring sangat dekat rumah ni",
cadang Datin Maria bersungguh. "Err.. takpe lah datin , eh mama. Takut
mengganggu Dato' Datin sekeluarga je ", jawab Raisya berhalus lembut je.
"Ishh ke situ pulak. Tak mengganggu pun. Lagi pun kami takde anak
perempuan. Boleh ler kami merasa ada anak perempuan. Boleh teman mummy
dekat rumah, teman mummy shopping. Kaki shopping ni mummy kamu ni",
seloroh Dato' Mirza lagi. "Ade-ade je abang ni". "Betul cakap mama
& papa tu. Awak duduk je sini k. Lepas tu boleh kenal family kami
macam mane", jawab Mikhael. Sepanjang hari Raisya dibiarkan bersama
Dato' Mirza dan Datin Maria. Nampaknya papa dan mama macam berkenan je
dekat si Raisya ni. Omel hati Mikhael sendirian.
No comments :
Post a Comment