Wednesday, 11 May 2016

Dia Bidadariku (BAB 5)

BAB 5
 Ketika dalam perjalanan pulang kerumah... 

"Korang perasan tak Mikhael dah makin berubah?"soal Naufal pada Rayyan & Airiel . "Ye la. Memang jelas ketara dia dah banyak berubah. Mungkin sebab Raisya", jawab Airiel. Kemudian masing-masing diam & melayan khayalan sendiri. Mereka hairan,macam mane lelaki yang sangat ego,bengis & kasar seperti Tengku Mikhael Aryan boleh berubah dalam sekelip mata. Adakah kerana 'Bidadari Cantik Raisya Qaisara' ? Pelbagai persoalan bermain diminda mereka. Arghh! Abaikan dia. Ada baiknya juga dia berubah. Sampai bila hendak hidup melara.

Sementara dikondo...
Uweerrkkk!! Uuuweerkkkk.... Raisya termuntah atas selimutnya. Dia panik,segera dicapainya tuala untuk mengelap muntahnya agar tidak dimarahi tuannya. Sementara itu Mikhael meluru masuk setelah terdengar suara Raisya. "Raisya are you okay?",tanya Mikhael pada Raisya dengan penuh kerisauan. "Maafkan saya tuan. Saya tak sengaja termuntah disini. Raisya mintak maaf." kata Raisya tanpa mendongakkan mukanya kerana bimbang dimarahi Mikhael. "It's okay. I know you tak sihat. Awak pergi mandi ok,biar saya kemas tempat tidur ni. Lepas tu saya masak untuk awak then kita makan sama-sama ye", ujar Mikhael pada Raisya. "Takpe tuan,biar saya masak. Tuan rehatlah,saya kemas tempat tidur dulu pastu saya masak ok", balas Raisya. "No! I say no!! NO!! awak pergi mandi. Awak tak sihat. Biar saya je yang buat semua ni. Awak kena dengar cakap saya". "Tapi tuan...." "Takde tapi-tapi,pergi mandi sekarang!!",arah Mikhael dengan tegas. "Baik lah", balas Raisya perlahan. Sementara Raisya membersihkan diri,Mikhael mengemas tempat tidur Raisya. Dia mencuci selimut yang terkena muntah tu. Selepas itu dia memasak bubur nasi untuk Raisya. Mikhael tahu yang Raisya takde selera makan sekarang sebab itu dia menyediakan bubur nasi agar senang ditelan oleh Raisya. Aku sebenarnya kesian pada dia. Aku tahu dia tak kuat nak hadapi semua situasi ni. Aku tahu dia belum bersedia nak jadi seorang mummy. Tapi ape-ape pun,aku akan selalu ade disisimu Raisya. Aku akan temani hari-harimu. Aku akan isikan segala kekosongan dihatimu. Itulah janji-janji Mikhael untuk Raisya. Lelaki ini telah jatuh cinta pada gadis anggun itu. Ye! Dia telah jatuh cinta. "Tuan?",tetiba lamunannya terhenti setelah disapa oleh satu suara lembut yang menyenangkan raganya. "Eh Raisya,kenapa? Awak pergi duduk dekat sofa dulu. Biar saya sediakan makan sekejap". "Errr.. tapi tuan". "Takde tapi-tapi. Awak tahukan saya tak suka awak berdegil macam ni",belum sempat Raisya menghabiskan katanya namun telah dipotong laju oleh Mikhael. Mikhael membawa Raisya keruang tamu. "Awak duduk diam-diam sini ok sambil tengok TV.  Sekejap lagi saya panggil awak makan",ulas Mikhael panjang lebar lalu dia berjalan menuju kedapur menyambung kerjanya. Sementara dirumah papa & mamanya , seluruh isi rumah masih tertanya-tanya dimanakah Tengku Mikhael Aryan? Ape yang dibuatnya sekarang? Kenapa dia tiba-tiba je berubah? "Awak tengok TV ke,TV yang tengok awak ni?",usik Mikhael pada Raisya. "Ehh takdelah tuan. Saya tengok TV la ni",jawab Raisya spontan. "Dah jom makan. Makanan dah siap tu",pelawa Mikhael pada Raisya. Raisya rasa kurang selesa bila dilayan begitu istimewa oleh tuannya itu. "Emm sedapnya bau tuan masak",puji Raisya lagi. "Ye ke ? Tu belum try lagi tu..hahahahaaaa",seloroh Mikhael. "Nah! Makan banyak-banyak ok",Mikhael menghulurkan semangkuk bubur nasi ayam pada Raisya. "Terima kasih tuan. Emm sedap tuan. Enak seperti baunya",puji Raisya lagi. "Bang..Abang tak pelik ke dengan anak kita tuh si Mikhael? Ayang tengok dia makin banyak berubah. Mendadak pulak tuh", rungut mama Mikhael. "Biar jelah Yang. Kalau dia berubah makin baik Alhamdulillah la. Bersyukur sangat abang",jawab papa Mikhael ringkas. "Saya pun bersyukur juga bang. Cuma kadang-kadang susah sangat nak tengok & jumpa dia sekarang",omel mama Mikhael lagi. " Awak ni,biar jelah budak tu tengah mengenali siapa diri dia sebenar. Bagi dia masa. Bagi dia ubah sikap dia. Saya pun rindu jugak,dah namanya darah daging sendiri",balas papa Mikhael lagi. "Raisya,next week saya nak bawak awak jumpa papa dan mama saya",tetiba je Mikhael bersuara . Raisya agak terperanjat mendengar ape yang diberitahu oleh Mikahel itu  sehingga dia terbelahak . "Ishh awak ni,makan la elok-elok sikit", tambah Mikhael sambil menghulurkan segelas air pada Raisya. "Kenapa nak bawak balik Raisya jumpa parents tuan? Tak naklah Raisya. Raisya seganlah tuan",balas Raisya lagi. "Awak jangan nak membantah k. Saya tak sukalah awak berdegil dengan saya. Boleh tak awak ikut je ape yang saya cakap,ikut je ape yang saya suruh?"soal Mikhael pada Raisya. Alamak! Dia naik hangin la pulak . "Errr... Baik tuan", jawab Raisya ringkas. Raisya tak nak panaskan hati tuannya.
So bila tiba hari yang dijanjikan. "Raisya,cepatlah bersiap", "Err.. kita nak pergi mane tuan?" Soal Raisya. "Nak balik rumah papa mama saya la. Kan hari tu saya dah bagitahu dekat awak. Dah-dah,pergi bersiap cepat",jelas Mikhael. Alamak. Macam mane ni Raisya oi. Takutlah. Nervous pun ade. Ya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Doa Raisya didalam hatinya. "Ape termenung lagi tu? Cepatlah pergi bersiap!" Sapa Mikhael lagi. "Takde pape tuan . Haa ok,saya pergi bersiap sekarang",jawab Raisya. Suasana sunyi je didalam kereta ketika dalam perjalanan kerumah Mikhael. "Err tuan, saya takutlah",bagitahu Raisya. "Awak nak takutkan ape? Papa mama saya tak pernah lagi makan orang. Dah berapa ramai yang mati kena makan dengan papa & mama",jawab Mikhael seakan menyakat Raisya. Ishh kesitu pulak orang tua ni. "Erm satu lagi Raisya saya nak mintak tolong awak". "Ape dia tuan?"tanya Raisya tidak sabar hendak tahu. "Tolong jangan panggil saya tuan. Boleh tak?" Soal Mikhael tegas. "Habis saya nak panggil ape? ",balas Raisya lagi. "Awak boleh panggil saya 'Abang' . Emm tak pun 'Biey' pun boleh juga. Hahahahahahaaa",gelak Mikhael puas dapat mengusik Raisya. Muka Raisya kelihatan merah padam akibat malu. "Serius la tuan. Saya nak panggil ape?",soal Raisya lagi dengan muka berkerut. "Saya nak awak panggil saya 'Abang' . Balas Mikhael dalam ekspresi serius sambil menggenggam erat tangan Raisya . Raisya tersentap dengan perbuatan Mikhael. Dia terkejut dengan ape yang dia didengarinya. Benarkah ? Atau ini hanyalah khayalan aku semata-mata ? "Awak ok Raisya?" Soal Mikhael menghentikan lamunan Raisya. "Errr... ok.. saya ok", balas Raisya . "Kita dah nak sampai ni",omel Mikhael. Raisya sekadar menganggukkan kepala tanda faham.
"Eh tuan muda dah baliklah Kak Jah", beritahu bibiknya kepada tukang masak mereka. "Assalamualaikum tuan!" , sapa driver papanya sambil membukakan pintu kereta Mikhael. "Waalaikummussalam Pak Mat. Err papa dan mama ade tak Pak Mat?",soal Mikhael pada driver tersebut. "Ade dekat dalam tuan muda." "Raisya jom masuk. Takkan awak nak jadi guard jaga kereta saya pulak", usik Mikhael pada Raisya. "Haa, ok baik. Jom" , sahut Raisya terpinga-pinga. "Tuan, saya seganlah" "Sape tuan ?!!" , soal Mikhael dengan keras. "Err maafkan saya. Saya tak biasa dengan panggilan abang tu" , jawab Raisya perlahan. "Awak kena biasakan okay. Lama-lama okay la tu nanti" , jawab Mikhael dalam nada yang lembut.

No comments :