Monday, 18 April 2016

Dia Bidadariku (BAB 2)

BAB 2


Disinilah bermulanya kehidupan Mikhael yang baru bersama seorang gadis yang tidak dikenali asal usulnya. Keesokan harinya,setelah terjaga dari tidur,Mikhael terus kedapur. Dilihatnya makanan sudah siap terhidang untuk sarapan. Bagus juga si Raisya ni. Fikir hatinya. Tapi dia tercari-cari dimanakah gerangan tubuh kecil molek itu kerana didalam bilik mandi pun tiada,dibilik tidur pun tiada. Tiba-tiba Mikhael menjadi cemas,adakah Raisya sudah lari ? Mikhael dengan cemas menjerit Raisyaaa !!! Raisyaa!! "Ye tuan,saya ada dekat balkoni ni tuan". Raisya dengan ketakutan berlari anak mendapatkan tuannya didalam bilik . "Kenapa tuan panggil saya?",soal Raisya ketakutan apabila mendengar nada suara tuannya yang keras tadi. "Aku ingatkan ko sudah lari. Ingat ye Raisya,kalau ko cuba nak lari ,nahas ko nanti!",Mikhael memberi peringatan pada Raisya. "Baik tuan",jawab Raisya dengan patuh. Mikhael melihat perubahan mood pada muka Raisya,dengan pantas beliau menukar topik. "Ko ke yang masak nasik goreng tu?",duga Mikhael. "Ye tuan,saya yang masak. Jemput makan tuan", sapa Raisya sambil menghulurkan  sepinggan nasik goreng belacan pada tuannya. "Sedap juga. Pandai ko masak ye. Lepas ni aku nak ko selalu masak untuk aku boleh?",tanya Mikhael pada Raisya. "Boleh tuan",jawab Raisya perlahan akur dengan arahan tuannya. Mikhael memang tidak menidakkan bahawa masakan Raisya sangat enak. Dia makan dengan begitu berselera sehingga 2 kali menambah. Setelah selesai menjamu selera Mikhael menghubungi Airiel untuk bertanyakan aktiviti sepupunya itu pada hari minggu. "Wei Mikhael ko dekat mane? Apesal tak balik rumah? Siot la ko ni bhai",kedengaran suara Airiel dicorong telefon pintarnya. Airiel kehairanan kerana seharian Mikhael tidak pulang ke banglo mewah keluarga mereka yang terletak di Bukit Antarabangsa. "Aku ade dekat kondo aku ni,saje je cari ketenangan. Lagipun semalam aku tak larat sangat, malas la nak balik rumah,nanti papa mama bising pulak kalau dia bau yang bukan-bukan". Jawab Mikhael simple. "Oh. Sekarang pun papa mama bising tanya ko dekat mane. Kami cakap ko pergi rumah Harith je lah . Terpaksa la tipu sunat demi nak mengelakkan kena berleter hahahaahaa". Gelak Airiel sakan. Harith merupakan rakan seperjuangan mereka ketika sama-sama study dulu dekat UK. "Ok la Riel,aku nak rehat jap.ape-ape hal ko whatsapp la aku ok. Bye bro".  "Ok beb. Bye".Tuttt....Panggilan diputuskan.
Sementara dibalkoni,kelihatan Raisya termangu melayan khayalan jiwanya. "Jauh menung,fikirkan sape?",sapa Mikhael. Raisya terkejut dengan sapaan Mikhael lantas menjawab,"tak adelah tuan. Takde fikirkan sape,cuma fikirkan nasib diri je. Tuan,boleh tak saya nak bekerja?", terketar-ketar suara Raisya meluahkan ape yang terbuku dihatinya. "NO WAY! ko nak kerja ape lagi? Sekarang kerja ko adalah kemas rumah,masak untuk aku je ok. Jangan berangan nak kerja ke ape ke ok sebab aku takkan sesekali lepas ko keluar dari rumah tanpa aku. Faham?!!",tegas Mikhael dengan keras. "Faham tuan",sahut Raisya dengan nada kecewa kalah dengan arahan tuannya."Raisyaaa ! Aku nak pergi pejabat dulu. Dah lewat ni. Nanti jangan lupa pulak kemaskan rumah." Baik tuan. Tuan balik pejabat pukul berapa?" "Kenapa? Ko nak bersiap untuk lari ke ??!!", keras nada Mikhael bertanya pada Raisya. "Tak.. Tidak tuan. Saya cuma nak tahu supaya saya boleh sediakan makanan untuk tuan. Tu je." "Aku balik pukul 6.30 hari ni. Banyak benda di ofis perlu aku settle kan. Make sure aku balik rumah sudah kemas ok", tegas Mikhael. "Baik tuan. Hati-hati memandu", pesan Raisya pada majikannya. "Ok. Jangan lupa kunci pintu. Kalau ade orang yang tak kenal datang, jangan sesekali ko buka pintu ok. Tak kiralah muda ke tua . Paham?", soal Mikhael lagi. "Baik tuan".Sesampainya Mikhael di ofis dia disapa oleh P.A nya. "Morning boss", sapa P.A Mikhael iaitu Nasha. "Morning Nasha, any documen untuk di sign ? Letak atas meja I nanti ye. "Baik bos". "Eh, ko nak gi mane ni bro ?", soal Rayyan apabila terserempak dengan Naufal dan Airiel dalam lift. "Kami nak gi bilik Mikhael. Jomlah join kitaorang", pelawa Naufal. "Hai Nasha. Boss ada tak ?", tanya Rayyan pada P.A Mikhael yang agak cantik dan seksi jugalah pada mata mereka. Nasha ni muka dia iras dengan Mawar Rashid artis baru yang cantik tu. "Ade. Encik-encik handsome ni nak jumpa boss ke ?" soal Nasha balik pada mereka. "Dorang nak jumpa boss . Tapi I nak jumpa u. Ciaa ciaaa ciaa", seloroh Naufal sehingga merah padam muka Nasha. Rayyan dan Airiel berlalu meninggalkan Naufal yang sedang berusaha mengayat P.A sepupunya tu. "Wei bro ! Whatsup ?" "Good. Apa hal nye ni sampai kebilik aku korang ni ?", soal Mikhael teruja. "Alaa, takkanlah kami nak datang jenguk cousin pun kena buat appoitment kot sekarang", jawab Airiel selamba. "Jom bro keluar lunch. Kita gi makan dekat Secret Recipe. Rasa macam nak makan black pepper lamb pie pulak ni", omel Rayyan . "Engkau ni macam-macamlah Rayyan. Jom"

No comments :