Setelah
3bulan hidup bersama,rutin harian Raisya seperti biasa,mengemas
rumah,cuci pakaian,jemur,lipat, susun pakaian,sediakan makan minum
Mikhael. Hidupnya sekarang seolah-olah seperti isteri tuannya sendiri.
Dia tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa izin Mikhael meskipun hanya
untuk mengambil angin luar dari kawasan rumah itu. Hidupnya
terkongkong,hidupnya tidak bebas seperti gadis-gadis remaja yang lain.
Walaupun hidupnya dikongkong,dia tetap bersyukur kerana berjumpa dengan
seorang jejaka yang tampan meskipun sangat bengis dan garang. Setakat
3bulan dia tinggal bersama Mikhael,Mikhael masih belum 'mengapa-apakan'
dia,disebabkan itulah dia melabelkan Mikhael sebagai seorang majikan
yang baik.
Suatu
malam ketika Mikhael pulang dari kerja,beliau begitu penat kerana
banyak kerja yang perlu diuruskan dibeberapa site siang tadi.
Sesampainya dirumah, terus dia lena diatas katil empuknya tanpa menjamah
makanan yang telah dimasak oleh Raisya. Ketika itu hujan sangat lebat.
Ia membuatkan Mikhael makin enak diulit mimpi. Sementara itu,Raisya
tidak lena tidurnya kerana ketakutan mendengar ribut petir yang sambar
menyambar dengan begitu kuat ketika itu. Dia cuba menutup mata dengan
berselimut,namun otaknya masih ligat memikirkan petir yang kuat itu.
Raisya tidak tahan dengan ribut yang kuat ketika itu,dia segera berlari
masuk kebilik tuannya. Dia menangis dibirai katil tuannya sambil
memegang erat tangan beliau akibat ketakutan yang melampau. Mikhael
tetiba terjaga dari lenanya akibat gangguan daripada Raisya. "Kenapa ni
Raisya,kenapa nangis?",tanya Mikhael dengan penuh cemas melihat Raisya
menangis teresak-esak. "Raisya takut tuan. Petir kuat sangat. Raisya takut sangatt tuan", jawab
Raisya dalam esakan. Adoi,kesian
pulak dekat minah ni,takkan aku nak halau dia suruh tidur dalam bilik
dia kot sedangkan dia masuk bilik aku sebab ketakutan,fikir Mikhael
dalam hatinya. "Takpelah Raisya,ko tidur sini sebelah aku. Tu pun kalau ko
tak kesah la. Kalau ko kesah,pergilah tidur dalam bilik ko", duga
Mikhael. "Taknak tuan,Raisya takut",esakkan Raisya makin kuat. "Kalau
takut datanglah tidur sebelah aku ni. Cepatlah aku nak tidur ni", tegas
Mikhael. Raisya menuruti cakap tuannya kerana dia terlalu takut bunyi
ribut petir tersebut. Malam tu Raisya terlena dalam dakapan tuannya
tanpa sedar. Keesokan harinya Raisya terjaga dari tidur,dia melihat
dirinya dalam pangkuan erat tuannya tanpa seurat benang pun. Raisya
mendapati dirinya terlalu lemah tidak bermaya. Dia menangis teresak-esak
dalam pelukan tuannya sehingga menyebabkan Mikhael terjaga dari tidur.
"Raisya,kenapa ni menangis? Raisya kenapa ....?" Kata-kata Mikhael terhenti
disitu setelah melihat dirinya bersama Raisya tanpa seurat benang
ditubuh,yang tinggal hanyalah selimut yang menutupi tubuh mereka berdua.
Apa aku dah buat pada Raisya ni? Apa dah jadi semalam?? Pelbagai
persoalan berlegar dibenaknya. Dia bangkit dari katil lalu mencapai
tuala yang tersangkut pada almari pakaian lalu menuju kebilik air dengan
meninggalkan Raisya menangis keseorangan. Mikhael pening,keliru dengan
ape yang telah terjadi semalam.Adakah ini satu mimpi ? Lalu beliau
menyimbah air pada mukanya. Ini adalah satu realiti. Tak mungkin!! Lalu
dia keluar menuju kekatil untuk mendapatkan Raisya. Raisya kelihatan
begitu ketakutan sambil memeluk tubuhnya seerat mungkin. "Nah". Mikhael
menghulurkan sepasang pijama pada Raisya. Raisya bangun dari katil untuk
memakai pijama tersebut sebagai perlindungan dirinya. Mikhael tiba-tiba
terkesima apabila dia melihat tompokan darah pada katilnya. Ini bermakna Raisya masih dara & akulah si peragut dara dia. Tidak! Tidak!! Ya
Allah betapa berdosanya diri aku ni. Gadis sesuci dialah yang aku maki
dan hina. Allah ampunkan dosaku,sesungguhnya akulah hamba-Mu yang hina.
Pinta Mikhael dalam hatinya. Sementara itu Raisya masih lagi menangis
mengenangkan dirinya yang sudah tidak suci lagi. Dimana harusku sorokkan
muka ini andai orang sekeliling mengetahuinya? Ya Allah,bantulah
aku,tunjukkan aku jalan kebenaran-Mu. "Raisya saya minta maaf. Saya tak
sedar ape yang terjadi semalam. Saya betul-betul tak sengaja dan itu
semua luar dari kawalan saya. Saya mintak maaf. Andai ape-ape terjadi
pada awak,saya akan bertanggungjawab. Saya janji ! Saya akan
bertanggungjawab. Maafkan saya Raisya", rayu Mikhael dalam nada yang
lembut seakan memujuk. Raisya terkejut dengan perubahan cara percakapan
tuannya. Daripada dia membahasakan dirinya 'aku ko',sekarang dia telah
menukarnya kepada 'saya awak'. "Tuan,macam mane dengan masa depan saya
tuan? Saya dah tak suci lagi. Saya dah kehilangan dara saya yang saya
lindungi selama 20 tahun. Masih ade lagikah lelaki yang sudi menerima
saya selepas ini setelah mengetahui saya sudah tidak perawan lagi?",soal
Raisya dalam tangisannya. Ini membuatkan Mikhael rasa semakin bersalah
pada Raisya. Ya Allah,siapa yang taknak pada gadis secantik & sebaik
engkau Raisya,aku pun rasa seperti sudah terpikat pada engkau. Rungut
Mikhael dalam hatinya. Ya!! Aku sudah terpikat pada dia. "Tak mengapalah Raisya,saya akan sentiasa ade disisi awak. Dan saya akan pastikan awak
dimiliki oleh seorang lelaki yang amat mencintai awak & dia akan
menjaga awak sebaik mungkin", pujuk Mikhael lagi bagi melegakan hati
Raisya. Selepas kejadian malam tu, Mikhael makin berlembut dengan Raisya. Dia sudah tidak lagi membahasakan dirinya 'aku ko' . Dia lebih banyak meluangkan masa dirumah bersama Raisya berbanding sepupunya. Dia membawa Raisya mengenali seluruh pelusuk KL. Mereka seolah-olah pasangan yang sedang hangat bercinta. Disetiap dinding rumah dan juga almari-almari kabinet yang ada dirumah dipenuhi dengan frame gambar mereka berdua dengan pelbagai gaya termasuk yang sangat 'sweet'. Namun walaupun begitu
Raisya tetap memanggil Mikhael dengan panggilan tuan . Dia sedar siapa
diri dia, dia tidak sesuai dan tidak setaraf dengan Mikhael. Ibaratkan seperti burung Enggang dan pipit.
No comments :
Post a Comment