6 bulan kemudian ....
Airiel, Naufal & Rayyan merasa hairan dengan perubahan mendadak yang berlaku pada diri Mikhael semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. Mikhael kelihatan lebih suka menghabiskan waktunya dikondo peribadinya berbanding banglo gah mereka. Dia juga sudah jarang hendak keluar melepak selepas habis waktu kerja mahupun hujung minggu. Perubahan Mikhael ini bukan sahaja disedari oleh sepupu-sepupunya malahan juga papa & mamanya. Mereka merasa hairan kerana Mikhael sudah lagi tidak mahu ke kelab malam mahupun enjoy bersama-sama perempuan mata duitan diluar sana. Perubahan yang berlaku padanya amatlah ketara. "Wei,korang tak pelik ke dengan perangai si Mikhael sekarang?",tanya Rayyan pada Airiel & Naufal. "Gila ko tak pelik,memang pelik bin ajaib la doh!",jawab Airiel bersungguh-sungguh. "Ha'ah la wei. Aku pun pelik dengan dia sekarang. Dia dah tak sama macam dulu. Dulu kita belum sempat lagi ajak gi club,dia yang cepat kan", tambah Naufal lagi. "Ape kate kita gi jenguk dia dekat kondo tu? Boleh lah jugak merisik ape yang dia buat dekat sana sorang-sorang",cadang Airiel. "Em boleh jugak",jawab Rayyan & Naufal serentak. Petang itu mereka bercadang untuk pergi kekondo Mikhael secara mengejut tanpa pengetahuan Mikhael. Setibanya mereka dipintu rumah Mikhael,pintu tersebut berkunci,lalu mereka menekan loceng bertubi-tubi seolah-olah ingin memberi kejutan. Setelah pintu dikuak,akhirnya mereka yang terkejut kerana pintu tersebut dibuka oleh seorang gadis yang sangat anggun dan cantik yang boleh dikatakan seperti seorang bidadari. "Errr.. Wei Rayyan Naufal,kita salah rumah kot ni",omel Airiel pada mereka berdua. "Salah rumah tengkorak engkaulah! Ni bukannya first time kita datang sini,dah berpuluh-puluh kali kita datang lepak sini",jawab Naufal. Raisya hanya melihat gelagat mereka bertiga. "Cik Cantik,Mikhael ade tak ? Ke dia dah jual rumah ni?",soal Rayyan bertubi-tubi. "Encik bertiga ni sape ye?",ayu dan lembut je suara dia. "Kami ni sepupu Mikhael",jawab Syam. "Oh,jemputlah masuk dulu. Tuan pergi ke kedai tadi",pelawa Raisya pada mereka bertiga. "Tuan??",mereka berpandangan sendiri dengan pelbagai persoalan dibenak lalu melangkah masuk. Sementara mereka menunggu kepulangan Mikhael,Raisya pergi kedapur menyediakan air & juga sedikit juadah untuk dihidangkan. 10 minit kemudian kedengaran loceng rumah dibunyikan. Airiel meluru kepintu untuk membuka pintu. "Wei cousin! How are you?",sapa Airiel pada Mikhael sambil menghulurkan tangan. Mikhael kelihatan agak terkejut dengan kehadiran sepupu-sepupunya itu. "Eh korang dah lame ke sampai?",sapa Mikhael pada mereka bertiga."Baru je sampai",jawab Naufal. Raisya pun datang dengan menatang satu dulang air dan juga sedikit juadah. Sementara Raisya menuang air,mereka bertiga melihat Raisya tanpa berkelip. Masing-masing dalam angau sendiri. Tetiba Rayyan berkata,"Eh Mikhael,sejak bila ko pelihara 'bidadari' dalam rumah ni?".soalan Rayyah membuatkan muka Raisya merah padam. "Wei,sudah-sudahlah tu",tegur Mikhael pada mereka. "Mikhael, betul cakap si Rayyan tu. Ko jumpa dekat mane 'bidadari' yang cantik ni?",tambah Naufal lagi tidak puas hati. "Jemput minum",sapa Raisya pada mereka menyebabkan mereka terjaga dari angau sendiri lalu dia mengatur langkah untuk kedapur. "Dia lain dari perempuan yang dah aku jumpa sebelum ni. Dia special.So korang jangan berani nak kebas dia ok. She's mine!",ulas Mikhael sambil tersenyum pada sepupunya itu. "Adoi,terlepas ler kita lau cenggini jawabnya",keluh Airiel. Tiba-tiba mereka kedengaran satu bunyi didapur..Uuuweerkkk! Werkkk.. Uweerkkk.... "Raisya awak ok tak? Sekejap ek beb!",Mikhael berlari anak mendapatkan Raisya didapur. "Awak ok tak? Kenapa muntah-muntah ni?",soal Mikhael penuh dengan kebimbangan. Airiel,Naufal & Rayyan keliru dengan ape yang terjadi. Adakah gadis itu?? Arrghhh! Tak mungkin Mikhael sanggup menodai gadis sebaik itu. Omel Airiel sendirian didalam hatinya. Setelah selesai menguruskan Raisya yang kemuntahan,Mikhael menidurkan Raisya. Raisya kelihatan begitu lemah. Mikhael keliru dengan keadaan Raisya. Raisya tidak sihatkah? Atau mungkin dia??? Tak mungkinlah Mikhael. Dia cuba memujuk dirinya sendiri lalu meninggalkan Raisya yang sudah terlena dibuai mimpi. "Ko ok beb?",tegur Rayyan pada Mikhael. "Aku ok je bro,tp Raisya yang nampak macam tak ok. Oh ya aku lupa nak kenalkan gadis cantik tadi. Yang korang panggil bidadari tadi tu nama dia Tengku Puteri Raisya Qaisara, nama manje dia pulak Raisya",terang Mikhael pada mereka. "Wei dekat mane ko jumpa Raisya tu?",tanya Airiel tanpa sabar. "Panjang ceritanya bro. Kalau aku cerita pun korang mesti penat mendengarnya". "Cerita jelah kami nak tahu ni",tambah Rayyan pula gelojoh. "Ok,cerita dia macam ni. Korang ingat tak yang last aku join korang gi disco hari tu? Aku jumpa dia dekat situ laa. Tapi before korang pikir kotor biar aku terangkan,Raisya ni gadis yang baik. Dia tak sama macam perempuan-perempuan yang ada dalam club tu. Dia boleh berada disitu pun kerana diculik dan dipaksa menjadi pelayan dekat situ. So aku bayar dekat tauke situ sebagai ganjaran untuk dia lepaskan Raisya",ujar Mikhael panjang lebar bagi memberi lebih kefahaman pada sepupu-sepupunya itu. "Tapi serious aku bagitahu ko bhai,Raisya memang cun habis. Perghh geram aku siot!",seloroh Naufal. "Ishh ko nih,kesitu pulak",sampuk Rayyan. "Tapi ade lagi 1 masalah lah bro",sambung Mikhael sambil termenung. "Ape bro?",soal Airiel ingin tahu. "Aku rasa Raisya mengandungkan anak aku kot". Kata-kata Mikhael telah memeranjatkan mereka bertiga. "Ape ko dah buat bro?",soal Airiel. "Aku tak sengaja. Aku tak sedar ape yang terjadi malam tu. Bila aku terjaga je dari tidur aku tengok Raisya dalam pelukan aku & kami berdua duduk dalam 1 selimut tanpa seurat benang pun. Sekarang aku tengok Raisya nampak lemah sangat. Dia asyik muntah-muntah,pucat & nampak lesu je. Aku risau bro",rungut Mikhael dalam ekspresi muka yang risau. Jelas terpancar kebimbangan pada raut wajah Mikhael. "Ape nak buat bro,nasi dah jadi bubur. Ko kena hadapi sume ni dengan kuat. Kami sentiasa ada dibelakang ko",jawab Rayyan seolah-olah memberi sinar semangat pada Mikhael. "Tapi aku dah berjanji pada dia yang aku akan bertanggungjawab kalau ape-ape berlaku pada dia. Aku nampak dia pun murung je. Mungkin risau dengan masa depannya",rungut Mikhael kesedihan dengan rasa bersalah atas ape yang dah berlaku. "It's ok la bro! Kami tahu ko kuat. Ehh ape kate ko bawak balik dia jumpa papa & mama??",cadang Airiel pula. "Betul jugak tu bro. Mana tahu kan kalau-kalau papa & mama berkenan nak buat menantu ke..",seloroh Naufal. "Aku pun ade terfikir jugak pasal tu,tapi aku takutlah wei. Aku takut papa & mama marah",jawab Mikhael lagi. "Cuba la dulu. Belum cuba belum tahu", saran Airiel lagi. "Ok la bro,aku try ok. Tengok lah maybe next week aku bawak Raisya jumpa papa & mama ok", jawab Mikhael penuh semangat. "Haa, macam tu lah baru anak jantan.hahahaaaa",seru Airiel lagi. "Wei,kita dah lewat ni,jom la kita gerak dulu. Nanti karang ada dinner dengan Dato' Arsyad pulak",sapa Rayyan sebagai peringatan pada Airiel & Naufal pasal dinner dengan Dato' Arsyad bagi mendapatkan 1 tender di Terengganu . "Ehh yela,aku hampir-hampir terlupa tadi. Ok la bro,kami balik dulu yer. Ape-ape hal ko rojer la kami. Whatsapp ke call ke ok",pintas Syam pulak. "Ok bro. Jom aku hantar korang ke pintu. Mane nak tahu korang dah tak nampak pintu pulak ke sekarang sejak nampak Raisya ni.hahahhaaa",seloroh Mikhael pada sepupu-sepupunya itu sambil menghantar mereka sampai ke muka pintu. "Ok bro,kami balik dulu. Take care Raisya elok-elok", jawab Airiel sambil menghulurkan tangan.
No comments :
Post a Comment